Sunday 19 February 2017

Meeting the GReeeeeen of Bamboo Groove ~Arashiyama

sambungan dari  part 1

Lepas habis lunch ,kami terus ke station keihan line untuk ke arashiyama.Tapi salah stesenlah pulak.Rupanya kena ambil train dari Jr station.Jr station ini terletak tak jauh dari pintu masuk Fushimi inari taisha shrine. Sampai di stesen,kami tanya kat penjaga stesen tu macam mana nak ke arashiyama.Tanpa abis soalan,terus dia bagi satu keping kertas direction.Nampakkan betapa dorang prepare info  untuk tourist yang macam aku ni.Tiket dari Inari ke Arashiyama adalah 140yen.

#direction ke arashiyama
Sampai kami di stesen kyoto untuk transit ke Arashiyama,kelihatan sekumpulan rombongan dari sekolah rendah khusyuk mendengar briefing dari sensei dorang.Aku yakin mereka ini budak sekolah rendah pasal beg sekolah dorang yang seragam itu sangat femes dimata aku..  Mungkin tengah brief tentang lawatan sekolah.,Aku tengok banyak juga sekolah menganjurkan lawatan sambil belajar.Mungkin time aku pegi ni memang waktu puncak dorang buat lawatan sekolah kot..haaah. Time kat Nara pun kami terserempak dengan group rombongan sekolah.Aku rasa budak darjah 1-3.Pastu memasing pakai beg seragam dengan topi kuning .Uiiii..dah macam tengok anime LIVE je depan mata .hahah..Merepek...

#kanak-kanak rebina dengan sensei

#direction ke arashiyama line
#tiba di saga arashiyama station
#peta ke bamboo groove


#jalan kecil ke bamboo groove

#boleh sewa basikal untuk meronda kawasan.
tepek gmbar sekadar hiasan


#jalan yang comel 

#adik ,ko tengah buat ape tu??Khusyuk nampak..hahah






Perjalanan dari stesen arashiyama ke bamboo groove mengambil masa lebih kurang dalam 5 minit kalau tak salah aku.Sampai sahaja kami di bamboo groove,memang ramai gile pelancong yang datang.Semua jenis warna kulit ada.Korang pilih je nak kaler ape,kompem ade..hahah.Bila dah ramai orang,sesi untuk photoshot menjadi semakin payah.Yelah,time nak amik gambar,tetibe je ade orang lain menyelit.Orang amatur cam aku amik gambar memang berjam la nak dapat yang perfecto...Ramai jugak yang pakai kimono.Tapi yang pasti itu adalah foreigner dari China.Yela,nak rasa comel ala-ala gadis jepun katanya.Jadi kepada sesiapa yang nak dressup kawaii macam gadis jepun,boleh la try.Aku tak mampu nak try kimono sebab tahap malu aku sangatlah high walaupun aku sangat berusaha untuk menjadi kawaii seperti dorang..fffssstt..

#kimono girl.

#gigih kapel ni kimono bersama..kalau ade kareshi,aku nak pakai cam ni jugakla..:P

#abang gagah si penarik beca..
Muka hensem woo,sayang aku tak dapat capture muka dia.





#pintu masuk ke temple kinkakuji kot..bayaran masuk 500yen





#rasa-rasa ada tak anak buluh betung kat dalam tu??kihiikhikh..

#makin petang,makin ramai.So better pegi pagi-pagi buta.



#satu-satunya gambar aku capture yang takde orang sangat.

Setelah puas kami berada di bamboo groove,kami decide nak balik jela.Sebelum balik ke hostel,benda wajib untuk kami singgah adalah restoran halal di kyoto iaitu Naritaya gion.Disebabkan kami ni tak beli pon internet,agak payah untuk kami nak kesan dimana lokasi sebenar naritaya walaupun aku dah  printscreen map kedai makan tu.Sudahnya kami mengambil keputusan untuk try and error je.Kalau jumpe ,Alhamdullillah....

#farewell to bamboo groove.Mata ai mashou.

Mengikut map yang diberikan,kami harus mengambil bas dari stesen kyoto ke bustop Gion.Harga adalah fix iaitu 230yen.Tiba di bustop gion,hujan lebat membasahi bumi.Kami ni dengan tak bawak payung bagai,terpaksa stay dulu kat bustop hingga hujan reda.Ssambil-sambil tu boleh la belek-belek map.Kami masih taktau arah tuju lagi,terpaksa tanya dengan local.Hasilnya sangat hampeh..Dorang pon taktau kedai makan tu katne.cesss..Sudahnya kami redah je hujan renyai-renyai.Tawakal je .dari bustop,kami kekanan dan terus je.Tiba di sebuah kedai,ada satu lorong kecil..Kami pon main jalan je masuk lorong tu,Memasing dah surrender nak cari .Memang niat nak balik je hostel.Tapi,Alhamdullilah,kami dilorong kebenaran.Kedai makan telah dijumpai...Yeahh..

Sampai di Naritaya,memang ramai malaysian kat situ.Kira macam rombongan geng kawan-kawan..Kedai pulak kecik molek je..Aku dah tak kira,duduk je mana yang kosong.Geng kawan-kawan pon dah siap nak berangkat pulang.Aku nak tunggu surau kosong pasal aku pon tak solat lagi nih..Tak lama tu geng kawan-kawan pulang,Kedai jadi sunyi dan kosong.Tinggallah 2 group sahaja ,iaitu kami dan sekawan group lelaki melayu..Settle je urusan aku dengan Allah,aku pon duduk kat meja berdepan dengan kitchen.Saje nak try duduk sambil tengok dorang prepare makanan kita..Kami pon order ramen.Tak lama tu,datang sorang staf.Muka memang melayu habis.So,aku macam boleh detect dia ni malaysian,tp ragu-ragu pulak.Bila dia serve makanan kami,dia cakap sambal.Ha kau terus dtect orang melayu..So,kawan aku pon bebual la dgn dia..Nama kalau tak silap Faizal kot..Student part time kat kedai ni..Gaji pon kire mabeles jugak kalau buat part time.sejam 900-1000yen.haaa,gila tak???boleh cover expenses kau kat sini ...

#Tsubasa san preparing our food
#our food.Mengeyangkan...
#menu

.Sebelum ni Faizal ada cakap sepatutnya sekarang ni waktu typhoon,tapi okla sekadar hujan sahaja.Kami pon melawak cakap agaknya typhoon tak jadi datang pasal kami datang kyoto kot..dia gelak je dengar kami cakap gitu.Selesai menjamu selera,kami nak berangkat pulang,tapi kat luar masih lagi hujan lebat.Ingat nak redah je,tapi memang lebat gile hujan siap berangin lagi..Boleh melayang ko tau.So,kami decide tunggu jela kat luar kedai.Sampai hujan agak-gak reda baru kami beredar.Tetibe Faizal tegur kami "typhoon jadi datang  sebab nak sambut korang"cess hampeh je bunyik tu...

#gigih bergambar walaupon hujan lebat.
bersambung........

No comments:

Post a Comment